Friday, October 2, 2009

Trigonometri

Trigonometri ialah satu cabang ilmu dalam astronomi yang berkaitan dengan matematik. "tri" itu sendiri menunjukkan maksudnya, iaitu tiga. Tiga yang dimaksudkan di sini ialah tiga sisi. Secara tak langsung, trigonometri ialah ilmu segitiga.

Melalui trigonometri, jarak sesuatu tempat dapat diketahui dengan menggunakan konsep sinus, kosinus dan tangen (atau sin, kos dan tan).

Trigonometri ini menjadi lebih mencabar apabila ahli astronomi Islam zaman silam membuat pengiraan di atas sfera. Maka, wujudlah satu cabang baru dalam astronomi Islam iaitu, trigonometri sfera.

Jika trigonometri ialah ilmu segitiga di atas satah atau permukaan yang rata, trigonometri sfera pula ialah ilmu segitiga di atas permukaan yang melengkung, iaitu sfera. Ia sesuai digunakan untuk mencari dan menentukan arah kiblat bagi sesuatu tempat di atas permukaan bumi yang dianggap sfera.

Dahulu, ilmu ini dipanggil sebagai "al-muthallathat" dalam bahasa Arab kerana diasaskan oleh ahli astronomi Islam. Ia bermaksud segitiga, yang berasal dari "thallasa", iaitu tiga.

p.s; Selasa juga dikenali sebagai ath-thulasa' dalam bahasa Arab, bermaksud tiga.

Blog Falak

Dalam menulis artikel berkaitan apa-apa topik sekalipun, kita perlu memastikan adanya sumber untuk mendapatkan maklumat bagi penulisan artikel tersebut. Antaranya, melalui buku, buku digital atau e-book, laman web dan blog.

Di sini saya ingin memberitahu salah satu sumber bagi maklumat saya yang akan digunakan untuk menulis artikel. Iaitu sebuah blog Falak, astromas2020.

Walaupun ia sekadar sebuah blog percuma, tapi maklumat yang didapati memang terkini.

Penulisnya pula bukan seorang. Seingat saya, ada 3 orang. Ia memudahkan kerja menulis artikel terkini berkaitan falak.

Saya sendiri mengenali mereka dalam Yahoogroups, siber-falak@yahoogroups.com..