Monday, November 16, 2009

Kecerahan Langit

Salah satu tugasan bagi seorang pelajar Ijazah Pertama ialah membuat kajian mengenai sesuatu tajuk yang berkaitan dengan pengkhususannya, yang seringkali dipanggil Paper Project (Kertas Projek).

Untuk saya, tajuk yang digunakan ialah Sky Brightness (Kecerahan Langit).

Kecerahan Langit

Walaupun nama bagi projek ini berkaitan dengan kecerahan, namun ia dimaksudkan dengan kegelapan.

Kecerahan langit yang sebenar bermaksud mengukur tahap kegelapan langit malam. Malahan, semakin gelap langit malam, maka semakin cerah ukuran yang diberikan.

Kecerahan langit ini diukur dengan satu alatan yang diberi nama Sky Quality Meter. Ia adalah alat dengan ukuran sehingga bacaan 22, tahap tertinggi bagi sesuatu tempat yang amat gelap.

Alat ini mempunyai satu butang untuk memulakan bacaan dan satu lensa bagi menganalisis tahap kegelapan di sekitar. Digalakkan untuk menutup lensa dengan kadbod yang panjang dan keras agar bacaan yang diambil lebih tepat.

Kecerahan langit diukur pada waktu Subuh dan Isyak. Kerana masuknya waktu solat Subuh dan Isyak adalah berdasarkan kedudukan matahari di bawah ufuk. Ketika itu, hanya terdapat sedikit cahaya kerana matahari sudah terbenam atau hampir terbit pada masa itu.

p.s: Terpaksa berehat sebentar kerana saya akan balik kampung=). InsyaAllah saya akan menulis mengenai solat waktu Isyak dan Subuh dan kaitannya dengan kajian saya selepas ini.
p.s.s: Moga impian untuk meneruskan pengajian dalam master bagi Falak terkabul.