Monday, July 25, 2011

Mencerap anak bulan

Antara perbezaan tahun Hijrah dengan tahun Masihi ialah bilangan hari dalam setiap bulan Hijrah ditentukan oleh kemunculan anak bulan pada akhir bulan tersebut.

Manakala bagi tahun Masihi, telah ditetapkan bilangan hari dalam setiap bulan tanpa sebarang perubahan kecuali bulan Februari yang menjadi 29 hari setiap 4 tahun sekali.

Pada hari ke-29 setiap bulan, anak bulan akan dicerap. Jika anak bulan dapat dicerap dan menepati criteria yang ditetapkan, maka bulan tersebut hanya mempunyai 29 hari. Jika anak bulan tidak dapat dicerap, tidak menepati criteria atau tidak cukup umur, bulan tersebut akan digenapkan menjadi 30 hari.

Mengapa adanya takwim Hijrah?

Pasti ada yang bertanya, jika bilangan hari dalam bulan Hijrah ditetapkan melalui pencerapan anak bulan, mengapa pula wujudnya takwim atau calendar Hijrah yang ditetapkan lebih awal?

Jawapannya, takwim Hijrah dikira dan ditetapkan melalui hisab atau kiraan falakiyyah. Tetapi kiraan ini tidak mutlak dan mungkin akan berubah. Pencerapan dilakukan untuk memastikan kiraan falakiyyah tidak salah dan selalunya untuk disimpan sebagai data bulanan.

Setakat ini, kiraan falakiyyah yang dilakukan menepati pencerapan yang dilakukan dan tidak berlaku percanggahan.

Hisab dan Rukyah

Pencerapan tersebut dinamakan sebagai rukyah, dari bahasa Arab. Dalam bahasa Inggeris, disebut sebagai observation.

Lazimnya hisab dilakukan terlebih dahulu sebelum rukyah. Hisab dilakukan dengan bantuan software (perisian) yang membolehkan kita mengetahui bilakah bulan akan terbit dan terbenam. Zaman moden kini, kita dapat membuat pengiraan kedudukan bulan dan matahari dengan ralat yang amat kecil.

p.s: ada lebih dari 20 tempat mencerap di seluruh negara kita..tak teringin nak mencerap?